Pengikut

Ahad, 24 Oktober 2010

Pemerengganan

Pemerengganan
a) Ayat Tesis
" Fenomena ' the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia.”

b) Ayat Topik
"Sudut Pidato yang kini dibenarkan semula perlaksanaanya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu."

c) Perenggan

i) Perenggan deduktif
Terdapat dalam perenggan kedua
“Dalam konteks di institusi pengajian tinggi(IPT), kewujudan pelajar yang lantang bersuara sememangnya tidak dapat dinafikan. Sebagai entity yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, pernyataan suara dan pandangan mereka sentiasa kedengaran melewati pelbagai isu sehingga menyentuh soal kepimpinan negara.”

ii) Perenggan induktif
Terdapat dalam perenggan ke-19
“Pepercahan dikalangan pelajar sebelum, menjelang dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki. Meskipun perbezaan pandangan itu lumrah dan perlu diraihkan, pelajar harus tahu di mana mereka perlu bersatu. Perkitaian yang berpanjangan tidak akan membawa mereka ke mana-mana.”
iii) Perenggan deduktif kompleks
Terdapat dalam perenggan kesembilan
"Bagaimanapun, saya percaya pelaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa supaya ia boleh mencapai kualiti yang tidak boleh diragui. Pihak universiti wajar mengambil iktibar dan mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada. Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam 'gedung ilmu'. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum."

d) Perenggan pengenalan – teknik yang digunakan
" Fenomena ' the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang menyuarakan pendirian mereka.”
(Menggunakan Analogi)

e) Perenggan penutup
Terdapat dalam perenggan terakhir
“Sudah tiba masa perjuangan dan gerakan pelajar wajar disorot melampaui horizon pemilihan MPP. Jika ia berlaku, kita mampu membangunkan kedinamikan politik kampus yang mempunyai pontensi yang lebih besar.”
f) Perenggan transisi
Tiada terdapat di dalam petikan.
g) Perenggan dialog
Terdapat dalam perenggan 9
“Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, perlaksaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutamanya dalam era ledakan maklumat dan penggunaan teknologi. Apa yang jelasnya,kepercayaan pelajar terhadap sistem yang dilaksanakan. Tegas beliau apa jua sistem yang terbaik di dunia tidak didukung dengan keyakinan ia pasti mengundang masalah.”

Terdapat dalam perenggan 18
“Saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu. Ia juga tidak melambangkan semangat 1Malaysia seperti yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.”

h) Ciri perenggan yang baik
(i) Kepautan
Terdapat dalam perenggan keempat
“Selain itu, Pemilihan Majlis perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahunboleh menjadi contoh terbaik bagaimanapun pertembungan idea dan permikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan terkawal.”

(ii) Kejelasan
Terdapat dalam perenggan ke-14
“Pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetangah kampus seperti Universiti Pertanahan Nasional Malaysia(UPNM), apabila kali kedua melaksanakannya sejak ia diperkenalkan tahun lalu. Sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu lima kerusi diperuntukan bagi kawasan kampus, manakala lapan kerusi diagihkan bagi kawasan fakulti.”

i) Teknik menstruktur idea
(i) Definisi
" Fenomena ' the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vocal dan lantang menyuarakan pendirian mereka. Tindakan agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka perolehi.”

(ii) Sebab dan akibat
"
Mungkin sedikit mengecewakan ialah pemilihan MPP kali ini masih menyaksikan label diberikan kepada calon yang bertanding. Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar. Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkunagn rakan etnik yang sama sahaja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiti menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka. "

(iii) Perbandingan
“Terdapat dalam perenggan ketujuh
Selepas sekian lama menggunakan kaedah manual dalam melaksanakan pemilihan MPP, penggunaan e-undi di UM dilihat suatu yang amat baru dan menarik perhatian banyak pihak.”

Rabu, 11 Ogos 2010

Kekhilafan dan jalan kesempatan

Sedih melihat dunia yang kian tua,
Berubah tanpa halangan,
Semua dilakukan dengan kehendak diri,
Manusia kian leka dibuai mimpi,
Terus enak dipimpin nafsu.

Di manakah silapnya.

Dulunya kembang mekar mewangi
Dibelai penuh manja dan mesra
Bagai menatang minyak yang penuh
Bahkan nyamuk pun tak berani dekat

Kini,
Ibu meratap pilu kepahitan
Ayah hiba penuh penyesalan
Susu diberi ilmu curahkan
Mana datang silapnya

Permata hati yang dijaga rapi
Kini hancur berderai jadi kepingan
Menusuk dalam jiwa si penjaga
Hilang percaya juga hilang maruah

Didikan ibu penuh dengan kemesraan
Kasih ayah tak pernah berkesudahan
Namun keinginan hati menjadi pedoman
Segalahnya hilang dalam kegelapan

Hidup dibelenggu tanpa haluan
Puas menikmati alam yang cuma sementara
Semua perkara menjadi amalan hidup
Yang salah kini jadi benar

Dimana perginya kemanusiaan
Hilangkah ianya dari diri kita
Tiap kali pasti kedengaran tangisannya
Menyeru kita kembali
Pulang ke pangkal jalan.

Masih pantaskah kita
Masih ada waktu lagikah kita.
Renungkanlah kasih-Nya
Selagi hayat masih diberikan
Lakukanlah perintah-Nya
Karna Tuhan itu Maha Pengampun



Ciri-ciri penulisan kreatif

1) Menggunakan bahasa kiasan
Contoh= Bagai menatang minyak yang penuh

2) Bernada puitis
Contoh= Dulunya kembang mekar mewangi

3) Menggunakan ragam aktif
Contoh= Kini

4) Bersifat Komulatif
Contoh= Ibu merapat kepahitan

5) Perlambangan
Contoh= Kembang mekar mewangi