Pengikut

Jumaat, 2 Mac 2012

di saat aku meniti dengan penuh kegusaran.
aku dikejutkan dengan kicauan burung yang memukau.
langkahku terhenti seketika.
memandang ke sekeliling.
saat itu aku terkesima sebentar.
melihat indahnya ciptaan Tuhan.
ku rasakan damai dan tenang seketika.
leka dibuai akan keindahnya alam semesta.
penghiburan yang Kau berikan membuatkan aku sadar.
diriku bagaikan dilingkupi dengan kasihMu.
saat itu aku mulai sedar,
aku tak bersendirian.
saat itu aku mulai sedar,
Kau selalu bersama ku.
terima kasih Tuhan.
Kau sungguh baik dalam hidupku.
kenapa kau khianati cinta kita.
aku begitu setia menanti dirimu.
aku dambarkan diriku hanya untuk mu.
ku kunci hatiku hanya untukmu.
tapi mengapa kau sanggup perlakukan ku sedemikian?
apakah dosaku padamu?
apakah salahku padamu?
sungguh kejam kau.
pantaskah aku terus berharap pada mu?
sedangkan kau bukan milik ku.
titisan airmata tak dapat ku tahani.
karna aku terlau menyayangi dan mencintai dirimu.
rasanya amat menyusut ke kalbuku.
hanya Tuhan yang tau betapa kecewanya diriku.
maafkan daku jika aku bukan untukmu..
maafkan aku wahai kekasihku yang teramat aku kasihi.
Tuhan tolong kuatka daku.
maafkan daku yang telah melupaiMu
aku merasa sangat ke kesakitan
aku tak mampu Tuhan 'tuk berdiri sendiri
aku sayangkan dia lebih dari diriku
Kau itu Tuhan.
tiap saat, tiap detik aku berdoa agar aku dapat bersamanya
kuatkan aku Tuhan, aku benar-benar menyayangi nya.
aku redha jika dia meninggalkan aku.
biarpun terlalu perit dan terlukanya jiwaku
maafkan aku Akion Bin Ositak.
andai kau tau, tiada yang lain selain dirimu.

Jumaat, 25 Mac 2011

renungan kala

tiada yang lebih memahami selain keluarga
tiada yang lebih serasi selain teman
tiada yang lebih kisah selain cinta 
tiada yang lebih setia selain Tuhan
 
hargailah harta yang tidak ternilai
ikhlaslah saat mencari teman
jujurlah dalam perhubungan
setialah pada yang menciptakan kita
 
tiap tika semua indah
saat duka perit melanda
kadang jatuh kadang terbang
semua hanya Dia yang tahu
 
saat sakit airmata menemani
saat suka senyum ukir pelangi
kasih diberi rahmat diterima
tiap perkara ada waktunya
 
syukur tanda kita terima
taat tanda kita hormat
tunduk tanda kita patuh
semuanya menjadi satu iman pada Nya...

Ahad, 13 Mac 2011

cinta itu buta.. benarkah???

Pd 1 ari sang ati telah betemu dgn sang cinta.
maka sang ati pun betanya lah kdp sang cinta.
ATI=benarkah kau ni buta cinta???
CINTA=cinta benarlah aku buta ati. aku ikhlas menerima sape saja xkesah la bgaimanapun keadaan nya.
nape kau tanye begtu??
ATI=buktikan pd ku yg kau ni buta.
CINTA=oke silakan ati.
ATI=antara duit & harta kau pilih yg mana?antara cntik & kacak kau pilh yg mana?antara senang & gembira kau pilh yg mana?antara putih & suci kau pilih yg mana?antara intan & permata kau pilih yg mana?antara indah & nyaman kau pilih yg mana?antara cincin & rantai kau pilih yg mana? & antara dunia & syurga kau pilh yg mana?
CINTA=smua xku pilih, yg ku pilh mkn yg cukup, yg ku pilh ikhlas, yg ku pilih susah, yg ku pilh cacatnya, yg ku pilh sedihnya, yg ku pilh sengsaranya, yg ku pilh tanganya, yg ku pilh akhiranya.
ATI=nape kau pilh yg begitu??
CINTA= karna aku buta n sememngnya buta oleh cinta atinya yg jujur pdku.
ATI=maka benarlah kau ni buta.
CINTA= aku buta karna aku bukan hnya ingin hdp semntara dgnnya tap tuk slamanya

Ahad, 24 Oktober 2010

Pemerengganan

Pemerengganan
a) Ayat Tesis
" Fenomena ' the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia.”

b) Ayat Topik
"Sudut Pidato yang kini dibenarkan semula perlaksanaanya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu."

c) Perenggan

i) Perenggan deduktif
Terdapat dalam perenggan kedua
“Dalam konteks di institusi pengajian tinggi(IPT), kewujudan pelajar yang lantang bersuara sememangnya tidak dapat dinafikan. Sebagai entity yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, pernyataan suara dan pandangan mereka sentiasa kedengaran melewati pelbagai isu sehingga menyentuh soal kepimpinan negara.”

ii) Perenggan induktif
Terdapat dalam perenggan ke-19
“Pepercahan dikalangan pelajar sebelum, menjelang dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki. Meskipun perbezaan pandangan itu lumrah dan perlu diraihkan, pelajar harus tahu di mana mereka perlu bersatu. Perkitaian yang berpanjangan tidak akan membawa mereka ke mana-mana.”
iii) Perenggan deduktif kompleks
Terdapat dalam perenggan kesembilan
"Bagaimanapun, saya percaya pelaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa supaya ia boleh mencapai kualiti yang tidak boleh diragui. Pihak universiti wajar mengambil iktibar dan mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada. Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam 'gedung ilmu'. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum."

d) Perenggan pengenalan – teknik yang digunakan
" Fenomena ' the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang menyuarakan pendirian mereka.”
(Menggunakan Analogi)

e) Perenggan penutup
Terdapat dalam perenggan terakhir
“Sudah tiba masa perjuangan dan gerakan pelajar wajar disorot melampaui horizon pemilihan MPP. Jika ia berlaku, kita mampu membangunkan kedinamikan politik kampus yang mempunyai pontensi yang lebih besar.”
f) Perenggan transisi
Tiada terdapat di dalam petikan.
g) Perenggan dialog
Terdapat dalam perenggan 9
“Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, perlaksaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutamanya dalam era ledakan maklumat dan penggunaan teknologi. Apa yang jelasnya,kepercayaan pelajar terhadap sistem yang dilaksanakan. Tegas beliau apa jua sistem yang terbaik di dunia tidak didukung dengan keyakinan ia pasti mengundang masalah.”

Terdapat dalam perenggan 18
“Saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu. Ia juga tidak melambangkan semangat 1Malaysia seperti yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.”

h) Ciri perenggan yang baik
(i) Kepautan
Terdapat dalam perenggan keempat
“Selain itu, Pemilihan Majlis perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahunboleh menjadi contoh terbaik bagaimanapun pertembungan idea dan permikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan terkawal.”

(ii) Kejelasan
Terdapat dalam perenggan ke-14
“Pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetangah kampus seperti Universiti Pertanahan Nasional Malaysia(UPNM), apabila kali kedua melaksanakannya sejak ia diperkenalkan tahun lalu. Sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu lima kerusi diperuntukan bagi kawasan kampus, manakala lapan kerusi diagihkan bagi kawasan fakulti.”

i) Teknik menstruktur idea
(i) Definisi
" Fenomena ' the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vocal dan lantang menyuarakan pendirian mereka. Tindakan agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka perolehi.”

(ii) Sebab dan akibat
"
Mungkin sedikit mengecewakan ialah pemilihan MPP kali ini masih menyaksikan label diberikan kepada calon yang bertanding. Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar. Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkunagn rakan etnik yang sama sahaja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiti menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka. "

(iii) Perbandingan
“Terdapat dalam perenggan ketujuh
Selepas sekian lama menggunakan kaedah manual dalam melaksanakan pemilihan MPP, penggunaan e-undi di UM dilihat suatu yang amat baru dan menarik perhatian banyak pihak.”